Friday, March 25, 2011

HEBATKAH ANDA???

Assalamualaikum..mulai hari ini, aku akan gigih masuk ke blog aku ni dan postkan entry..ini adalah kerana suami aku baru memberikan aku broadband baru..wahh..best dan bangga nga..hmmsss...hmsssss(sambil mengembangkan lubang hidung y da ternyata besar..hehe)...
So kali ni aku nak membebel sikit pasal tajuk di atas..ekceli, ni adalah soalan umum y sampai kini aku pun tkder jawapannya..tapi mungkinlah ada orang y sudi memberi pndangan takpun aku sure ada pendapat mereka yang tersendiri..

jadi, HEBATKAH ANDA?? wahh..tiba2 pulak terasa diri ini macam dr. fadzilah kamsah takpun dr.hm tuah iskandar..kira seolah2 setanding..(hakk tuihhhh...padan muka aku)..

Kekekeke..jadi, adakah anda rasa diri anda takpun diri korang ini hebat??apakah maksud hebat??maksud hebat dari terjemahan aku sendiri, sbb aku tk suka guna terjemahan kamus dewan, mahupun terjemahan wikipedia apatah lagi wikilieak..adalah bermaksud, sesorang yang merasa dirinya mampu melakukan sesuatu, dan merasa puas dengan melakukannya serta mempunyai motivasi diri untuk melakukan lagi dan lagi sehingga betul2 kehebatan nya terserlah hebat dan menjadi yang terhebat..faham??tak faham??haha..ada aku kisah korang faham ke tak faham..asalkan aku faham walaupun kefahaman aku kadang2 sukar difahamkan oleh sesetengah orang yang cuba memahami..hehe

jadi, hebatkah anda??hebatlah kalo korang dah faham apa yang aku definisikan tadi...di sini akan aku pecahkan beberapa ciri2 orang yang merasakan dirinya adalah hebat.aku tak kata ini yang aku maksudkan..tapi korang baca jerla..betul ke tk betul ke..hehe..aku tk kisah..antaranya ialah:

1) kerja dah siap

-ada sesetengah orang, bahkan ramai orang yang akan merasakan bahawa dirinya adalah hebat apabila kerja yang diberikan kepadanya telah siap..eleh..dapat masa buat assigment 1 bulan, seminggu je aku dah siap..orang len, tinggal dateline pon dok merangkak2 lagi buat..wahhh..bangga gila dan tup-tup rasa diri jadi hebat..walhal, orang lain tu buat kajian terperinci, cari bahan rujukan..yang ko tu, juz copy paste je..takpun upah orang buat..takpun ko buat juga, but just memenuhi kriteria basic..takder pon unsur2 nak mem'wow'kan lecturer ko..asalkan keje ko siap..dan dan pulak keja ko siap awal..maka akan jadilah ko manusia yang perasan dirinya hebat..aku nak kata pada orang2 yang mcm ni, or even orang ini adalah aku, aku nk kata juga, yang korang adalah hampeh..tk hebat langsung..kehebatan korang tidak terserlah dengan kecepatan korang menyiapkan kerja lebih awal tetapi kerja korang hampeh..paling serabut, bila kerja korang juz cukup2 makan or langsung tkder nilai..but...ada tetapinya..sekiranya kerja yang korang tu penuh dengan penelitian dan rujukan yang mantap, dan pulak korang mampu siapkn lebih awal, serta mendapat gred yang wajar, maka tidak disangkal lah bahawa..anda adalah hebat!!

2)aku paling bagus

Aku paling bagus, sememangnya mempunyai kaitan yang paling rapat dengan entry kali ini..orang yang palingbagus adalah orang yang grednya selalu baik, kerja selalu cermat, jarang pula melakukan kesilapan, dan pulak ko selalu mendapat pujian..wahh..wahhh..hebatnyaaaa....akan tetapi..(ada gak tetapinya kann..maklumlah..penulis blog ni myb ada riak or dengki..tapi itu bukan aku ek)..manusia yang sentiasa mendapat kesempurnaan mahupun kecemerlangan dan kebagusan ini bukanlah selalunya yang terhebat..kerana kehebatan hanya akan terserlah apabila korang pernah melakukan kegagalan dalam hidup (nak juga aku, pointnya yerrr)..percaya atau tidak, segala kecanggihan dan kehebatan teknologi yang kita miliki sekarang adalah berpunca daripada ratusan bahkan ribuan kegagalan dalam percubaan untuk menjadi invention dan inventor yang terhebat???percaya ke tak ni??baik percaya..hehehe..oleh yang demikian, jangan membajet orang yang selalu bagus itu adalah orang yang hebat..namun arakian..jangan pulak korang mengatakan bahawa orang yang selalu gagal itu adalah orang yang hebat..mereka mungkin hebat, tapi hebat dar belakang laa..sbb orang y selalu gagal dan tk pernah berjaya ni, ibarat ayam yang tak mungkin boleh naik basikal walaupun dicuba beberapa kali kerana percubaan mereka tidak diiringi doa dan tawakkal (logik ke??hentam jerlaaa)


3)orang lain kurang pengalaman

Yang ni paling grand...selalunya terjadi bila mula2 orang tu masuk kerja..yerlaa..junior la katakan..walhal umur ko da lanjut ke belakang..gigi dah mula roboh, jalan da mula nak langgar divider...tapi asalkan tittle ko adalah junior or baru mula kerja, maka dan dan ko dicop tkder pengalaman..bila tkder pengalaman, sure-sure la ko punya senior akan pndang ko tkder mata..mulalah ko akan dikata macam2..almaklumlahh..ko takder pengalaman..bila ko demamnd nak buat kerja yang mencabar sikit kehebatan ko, mulalah diorang akan kata..tkpayah laa. awak tu tak ada sebarang pengalaman. tak sama walaupun awak cemerlang dalam akademik tapi awak takder pengalaman..aku pernah dapat ayat2 mcm ni masa kt sekolah..tapi versinya aku da ubat sikit..maka jawabnya adalah..tuttttt tuuuuttttt tuttttt...#####******#####...tutttttttt...
mintak maaf nah..sbb td siaran tk berapa clear ( padahal aku da puas memaki)..manakan tidak, mcm mana korang nak ada pengalaman, kalo korang tk diberi peluang utk mencuba melakukannya??????????haaaa..sila jawabb..bengang betul aku..jadi orang2 yang kononnya banyak pengalaman nih, sebenarnya takderlah hebat mana pun..juz bajet diri hebat je..oleh kerana ko sorang je pndai buat, dan ko tk beri peluang org len buat, maka perangai ko sangatlah hampeh, secara jujurnya, aku kate ko TAK HEBAT!!..haa..padan muka


4)aku yang paling menyerlah

Manusia mcm ni..lagi laaa..di sekolah, di mana2 jabatan, di mana2 kenduri ke..kalo ko sorang je yang selalu jadi sebutan, yang selalu jadi perhatian, maka akan terserlahlah kehebatan ko..namun, apakah yang menjadikan ko itu hebat???pertamanya, mungkinkah kerana ko cantik dan selalu dress up mcm mak datin di waktu petang sedangkan kawan2 seangkatan dengan ko cuma pakai treksut dengan baju dan tudung yang kalernya kadang-kala hijau lumut dipadankan dengan ungu kebiruan???maka ko rasa diri ko hebat???atau, keduanya, ko mempunyai senioriti dan ko selalu terlibat dengan tugasan2 mencabar yang hanya selalu ko je y dapat tugas2 mcm tu, like jumpa orang2 VIP?maka ko secara gear otomatik jd hebat??ataupun, hanya ko je yang selalu disebut2 ketika sedang mana orang lain langsung tidak dikenali oleh pengurus ko, maka ko adalah hebat???dengar sini bebaik2 yer tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati..orang2 yang selalu terkedepan ada dua keadaannya..mereka sememangnya golongan elit..yerlaa..dah dia saja yang fasih cakap omputih dan tetamu y nk datang tu adalah mat2 saleh, ko yang bahasa inggeris pun takat2 suam2 kuku, nak iras2 gagal, ada hati nak tawarkan diri jadi penyambut VIP?????yang ni, bukan hebat...tapi bengong namanya....dan keduanya, mereka2 yang sememangnya dungu...asyik2 ko y kena sebut buat kerja, asyik2 ko yang kena uruskan itu n ini, walhal ornag len rilex je...ko jerla yang segala2nya..dan ko pulak bangga kerana asyik2 ko je y terkedepan..maka ingtlah, bahawa ko bukan hebat, tp ko adalah bengap kerana biarkan org len memperbodoh2kan ko..


5)aku dapat mengkritik orang lain

Last sekali, sekiranya anda selalu diundang untuk mengkritik orang len dalam apa2 majlis or pertandingan, maka adakah diri ko hebattt???hebat sangat lah ..orang buat pertandingan memasak, yang ko pergi komen pasal periuk yang saiznya tk berapa kena, or penggunaan warna baju yang tidak sesuai, ataupun ko komplen kereta orang tu dah salah parking..apa ke hallnyaaa???lagi aku tak faham..kadang2 kritikan tu bukan sahaja tidak membina, bahkan membinasakan orang lenn pulak..orang buat mcm itu, ko suruh buat mcm ini, orang diskus pasal itu, ko kata orang tu cetek ilmu..ewah ewahh...hebat giler ko ek smpai semua org leh dkritik..yerlaaa...maklumlaaaa..ko ada sikit lebih ilmu, tkpun ko ni memang kerjaya ko sebagai pengkritik tetap...tapi persoalannya, adakah ko hebatttt???sudah tentunya jawapannya tidakk..sebabnya, orang len ada jugak berusaha bertungkus lumus buat kerja n perform sehabis baik, tapi ko juz korek2 lubang idung n start komen ya itu tk kena, ini tk kena.....cehh..jadi orang2 mcm ni..bukanlahh orang y hebat..hebat lagi itik mak aku y baru dibeli tetapi da pndai makan sndiri...



oleh yang demikian kawan2 (nak blah dah ni sbb laki aku da balik, kang lmbt g amik, marah lak kt aku berjela2..dahla membebel dlm bahasa omputih..cukup2 lah ko lecture kan kt students ko bahasa tu, tkyahla ko nk smbung kt aku lak kann..wakakaka..padahal, aku tktau nk balas guna ayat2 english y betul penggunaanya time aku dibebelkan tu..kalo dia paham bahasa melayu, haaaa..nahaslaaa jawabnyaaa..)..aku doakan kornag sentiasa jadi y terhebat..lantak la org kata ko apa pun, asalkan ko da buat sehabis baik...be all the best, beat all the resttt (tiru ayat y digantung d sepanjang library sekolah aku..hahha..harapkan aku create sndirik..haramm)

No comments:

Post a Comment